
Saturday, December 19, 2009
salam maal hijrah

Saturday, November 21, 2009
JOM MENABUNG...
Thursday, September 3, 2009
KUIH DULU KUIH CKARANG....
Teringat kenangan masa g berbuka ngan seorang kawan, dia nak beli kuih tapi bila tgk harganya 50 sen sebiji berat rasa nak beli... dah akhirnya dia beli dunkin donate.... hu hu hu kebelakang lagi kuih muih tradisi........ entah la nak salahkan peniaga 100% pon tak leh gak, dah tuntutan sekarang ni memang camtu, material kuih muih tu memang dah naik harga dulu masa kecik tepung sekili 70 sen je sekarang klu tak silap dah dekat rm 3.00... tu tak kira lagi kelapa, lada, gula (yg asal time perayaan je mesti tak cukup) hi hihi, minyak masak etc ..... membuat kan melambung2 harga sebiji kuih....kekadang pelik kan sikap kita kan...kita lebih sangup beli fast food dari makanan tempatan sebab pada kita alang2 mahal baik beli fastfood, jenama import...hihihih takyah cite pasal org lain diri sendiri ni yg selalu buat camtu...
Semoga kuih-kuih tradisi ini tidak akan hilang ditelan zaman... bak kata datuk Hang Tuah " takkan melayu hilang di dunia" dan semoga saiz kuih muih ni takkan menjadi kecik dan terus kecik sampai takde..... hi hi hi
Thursday, August 27, 2009
PERTANDINGAN BOWLING
Tuesday, August 25, 2009
Selamat Datang Ramadan

Sunday, August 2, 2009
Tercapai Impian Zaman Kanak-kanak...
Perancangan awal minggu ni nak balik kampung ...tapi atas beberapa sebab yg tak dapat dielakkan tk dapat balik minggu ni..tapi takpelah dah amik cuti 10hb ni so leh la balik lama sikit....
Petang-petang rasa boring mana erk nak g tanpa perlu keluarkan duit...hahahahha dan teringat impian yg belum tercapai sejak aku berusia 10 tahun... ni semua gara-gara novel: Erliza yg aku baca.... aku teringin sangat nak pergi Taman Jepun... tapi tak tahu kat mana..... dan setelah mendapat sedikit info daripada seseorang.... dapat la jumpa taman jepun ni.... masa mula-mula sampai aku tercari-cari signboard taman jepun tapi takde pon yang ada hanya "Kebun bunga Istana Kerajaan Johor" betul ke ni... dan kalau ini la tempat yang dimaksudkan aku tahula ... pernah pergi ngan officemate tapi tak masuk dalam kat luar je masa tu.... rupanya betulla ini lah taman jepun yang menjadi impian.... well impian diusia 10 tahun tercapai pada umur sekarang.... kira ok la kan dari tak tercapai langsung...alhamdulillah.. bila masuk je kawasan taman.... cheng cheng....subhanaallah cantiknya........segar nyaman sgt kat situ..... cantik sgt... dan yang paling tak sangka...taman ni dekat sgt ngan office (sebelah je ngan bangunan kwsp tu)
klu dilihat dari luar tadi...rasa macam taknak masuk sebab rasa macam tak best pon, tapi bila dah masuk rasa tak nak balik pula.... tula betul kata pepatah inggeris "dont judge the book by its cover" samalah macam ni.....
Monday, June 1, 2009
DIA YG DICARI.....
Monday, May 25, 2009
PENGALAMAN PERTAMA
ni la tiket utk naik jambatan gantung tu... infonya ini adalah jambatan gantung terpanjang di asia tenggara ke dunia erk ( lupa lah......)
Mengapa Jentayu
Mesti ramai yang pelik kenapa suka sangat nama jentayu, atau tak mustahil perkara pertama yang terlintas difikiran, jiwang nye dia ni... tapi bagi aku JENTAYU membawa erti yang begitu besar, membawa keazaman dan semangat mengejar cita-cita dan impian. Entah mengapa aku merasakan jentayu adalah lambang keazaman dan kekuatan dalam mengejar cita-cita.
Jentayu sejenis burung yang sering terdapat di dalam cerita-cerita dan kisah hikayat dan mitos. Adakah jentayu itu wujud? Kebanyakkan pendapat mengatakan Jentayu tidak pernah wujud, ada yang mengambarkan jentayu seperti burung garuda, tetapi mempunyai paruh yang panjang dan leher yang jinjang, sentiasa memandang ke langit menunggu hujan..... Dan ada yang mengatakan ianya seperti flamingo...
Apa yang penting ialah semangat dan kekuatan dalaman yang ada pada jentayu, jika benar jentayu itu besar seperti garuda, tentu sukar baginya untuk terbang tinggi, tetapi jentayu tetap berjaya terbang tinggi, dan jika benar ianya mempunyai paruh yang besar dan labuh ke bawah tentu sukar baginya untuk membawa paruh tersebut, tetapi ianya berjaya .. dan sekiranya ianya seperti burung flamingo tentu sukar baginya untuk mencari makanan dan menundukkan kepalanya ketanah, tetapi dia tetap berjaya mencari makanan........ dalam erti kata lain, walau sukar dan terdapat halangan-halangan semulajadi atau tidak, jentayu tetap dapat terbang tinggi tetap dapat mencari makanan di kawasan rendah dan tetap dapat meneruskan hidupnya dengan baik. disitulah semangat dan kekuatan jentayu yang boleh dijadikan ,motivasi dalam diri.
Bagi aku samaada jentayu itu wujud atau tidak, namun semangat yang ada mata jentayu tetap menjadi dorongan dan sumber inspirasi dalam aku menempuh onak duri kehidupan ini.
Sunday, May 17, 2009
Akhirnya......
