emmm dah seminggu berlalu, tapi rasanya aura nye masih ada kerana sebenarnye setiap hari adalah hari ibu...hihihi mak...sayang mak..
Pagi tu dengar satu slot di RTM berkenaan hari ibu, penceramah tu kata, hari ibu ni asalnya dari perayaan orang kristian...bagi menghormati Mother Mary atau Maryam , ibu kepada Nabi Isa Alaihi Salam atau dalm agama Kristian Jesus... Dan menurut beliau lagi kita hendaklah menyayangi ibu kita sepanjang hari dengan erti kat alain setiap hari adalah hari ibu... Sebenarnye tak dapat dgr dengan penuh sebab ngah sibuk mengemas tapi kiranya ada juga la intipadi yg dapat diambil..dan selebihnya melalui carian di internet terjumpa satu artikel ni..maybe leh share:
"ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day
ok tu apa yg aku dapat cari n share.... dn bagi aku plak hari ibu ni sekadar satu hari yg luarbiasa sikit dari hari biasa...hari2 biasa pun tetap sayang mak, zahirkan kasih sayang tetapi time hari ibu ni, dapat zahirkan dengan yg luarbiasa macam buat kek yg ditujukan utk ibu, atau belikan sesuatu hadiah utk ibu... atau apa2 je utk menghiburkan hati ibu asalkan tidak bercanggah dengan syarak....
yela ibu kan ratu hati ku,
http://www.youtube.com/watch?v=sU4jZMeKBL0&NR=1
macam dalam lagu ni.... masa kecik dulu suka sangat dgr iklan ni....dulu iklan nye versi lain...tak sangka dah besr ni keluar balik walau dengan versi yg lain yela ikut peredaran zaman.... hihihihi
Tak dapat nak bayangkan camne nak teruskan perjalanan hidup tanpa mak disisi..... satu hari tak dgr suara mak rasa tak tenang je... Ya Allah panjangkan la usia ibu ku dan pelihara la beliau dibawah naugan rahmat Mu, amin..
Read more: http://www.metrolyrics.com/i-cant-get-over-you-lyrics-ibu.html#ixzz0o3Q5QWXT
Saturday, May 15, 2010
Wednesday, April 21, 2010
ermmmm 16 april 2010....g Putrajaya tuk menjadi referee kepada sorang member ni... Tapisan Keselamatan...utk dia sah jawatan...klu aku gagal memberi kerjasama yg baik dia tak lulus maka tak sahlah jawatan...erm tula inspektor bagi tau..info yg aku memang dah sedia maklum huhuhuhuhu.. Malam Khamis tu lepas je habis kes kat Kota Tinggi...aku terus naik bus pukul 7.30 malam...cukup terkejar2 petang tu..... kepenatan aku terlena dalam bus...sedar2 aku baru sampai Melaka..adui jauh lagi ke Seremban tu.... n terlena lagi..n sedar-sedar lagi bas dah kuar tol Seremban alamak habis la...lum call salmi lagi
Sampai je kat Seremban 2...aku macam rusa masuk kampung...tak tahu arah nak tuju...aku ikut sorang akak tu..alamak dia terus naik keta dia la..eeeeee kat mana nak tggu ni..tiba-tiba Pak guard tu panggil..".jgn tunggu situ tggu kat depan ni belakang...iskkkk" pergg garang nye pak guard ni..aku pon tersengih2 kemaluan..."oooo kat depan tu leh tunggu ye" hihihi aku terus je g depan.. kedai semua dah tutup dah tapi berhadapan ngan kedai mamak dan 7 eleven... isk seram tul..nasib baik ada dua org minah indon ni..kira ok la ada pompuan.. alamak kemana la plak apek tu bawa minah indon tu...adui tggl sorang2 ni... lambat plak Cik Kak ni...sram sejuk aku dibuatnya... tiba-tiba ada keta hon... apa ingat aku tggu customer ke? opsss iskkk ngeri tul cepat2 aku wat panggilan..tuk hilangkan takut... adalah 5-10minit tiba-tiba aku dah nampak keta Salmi...pergggg lega giler... masuk je keta..aku rasa aku terlepas dari satu bala dan ketakutan yg menakutkan huhuhuhuhuhu
Ermmm malam tu kitaorg borak sakan...pkl 2 lebih baru tido...pergg dasat sungguh... esok pagi bgn sush gile mata kelat je... kitaorg kuar rumah azan subuh pon belum...subuh kat R&R...aku kagum giler ngan salmi bila dia citer dia tiap minggu balik dari tanjung karang ke seremban bertolak pkl 4-5 pagi... sorang2..perg berani seh minah ni..caya arg..
Salmi plak macam kagum je ngan aku bila kau tahu jalan g Putrajaya tu n siap tahu nak parking kat ner.... hahaha sebenarnya tu la tempat aku berkampung seminggu minggu lepas..induksi..sebab tu aku terer ... hhahahahha apa yg inspektor tu tanya? ooo no no no itu rahsia....apa yg penting kita org pertama datang kat situ... tapi kitaorg balik bukan yg pertama tau.... perut berkeriuk keriuk..apa pun sempat gak kitarg posing2 kat depan bangunan tu n dalam keta..ikut hati nak gambar byk lagi kat tapi sebab dah rasa lapar giler..kitaorg terus g Alamanda....
ermmmm dan Salmi belanje makan KFC...ermm macam biasa menu biasa...ermmm klu kitarog g KFC nila menu kitaorg..dari kat Kisdar sampai sekarang...cume dulu ada aiskrim..sekarang takde dah asikrim tu erk... mana la aiskrim tu menghilang .... bila diingat2 dan diamati..memang kitaorg tak pernah tukar menu...kenape ye? apa ada pada menu ni? hahahhaha ngeri nyeeeeeee... malam tu kitaorg makan nasi kat seremban je..tapi tak amik pon gambar..sebab masing2 nye muka dah kelat..kepenatan..tak seri langsung... sebelum balik singgah Nilai...pergg first time aku shoping salmi jadi penunggu siap lepak kat sofa lagi tu.... sori Mi takde niat nak pinggir kan ko tapi ko yg meminggirkan diri..aku tanya pendapat ko diam je..huhuhuhu tapi yg penting terima kasih sebab bawa dan layan aku kat Nilai tu.... free tu tambang.... tambang aku pergi balik JB-Sremban pon ditaja oleh Salmi.... wah thanks ye... so layanzzz la pic2 yg pada aku menarik ni:-
kitaorg nak lawan fiona...........
signboard ke Usim, balik kitaorg lalu jalan biasa Bandar Salak Tinggi...dan Nilai... rindunya nak lalu sini..... mengimbau kenangan masa muda belia...
Inilah deretan kedai kain ka tNilai Square, dan
diantra kedai tu...ada kedai yg kitaorg pernah wat part time..penat keje kedai kain... tak mau dah..huhu
Wednesday, April 14, 2010
SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA KERJAYA KU
Hihihihihi...tanggal 6 april 2010....genap setahun aku berkhidmat dengan kerajaan bawah skim LS27.... tahun lepas 6 april 2009 aku melapor diri di JKSM Putrajaya dan 3 hari lepas tu baru dapat surat dan arahan penempatan.... dan ditempatkan di JBG Jb.....well dah setahun dalam perkhidmatan awam ni, macam-macam yg aku dapat tgk, dapat buat dan dapat maccam2 lagi la.... semalam 13hb april 2010 cukup setahun kan BBg johor ni..... teringat plak mula2 melapor diri kat sini..... dan pada tarikh yang sama cuma tahun yg berbeza...aku masih di sini ....Setahun kat JBG atau dulu BBG Jb ni pelbagai perkara baru aku belajar dan ketahui... dari yg elok utk dijadikan panduan sehingga kepada perkara dijadikan iktibar......... huhuhuhuhu.. tahun depan samaada masih disini atau tidak hanya Allah yang tahu...
Dan pada tanggal 13april ni juga dapat satu berita yg sedih...:( ermmm rasa tak bermaya satu hari...tapi bila difikir dan direnung2...tentu terselit hikmahnya... yela sebagai manusia biasa kita tak tahu apa akan berlaku kepada kehidupan kita akan datang.... Selama ni pon aku berdoa... semoga allah lorong dan permudahkan urusan yang terbaik bagi diriku... jadi apabila aku gagal memiliki atau mendapatkan apa yg dihajati aku kena redha dan bersyukur kerana Allah dah makbulkan doaku.... mungkin kejayaan ku dalam perkara tersebut bukan yang terbaik bagi diri ku pada masa ini...
Betul kata mak abah dan seseorang... aku kena redha, pasrah dan berbaik sangka kepada Allah..kerana itu adalah intipati doa dan permohonan yg aku panjatkan kepada Nya saban waktu...dan juga kena tambahkan lagi doa dan harapan kepada Nya....sebenarnya klu ikut sedih memang sedih tapi sebab dah biasa hadapi kegagalan maka jadikan diri ini kuat untuk menghadapinya kali ini...
Terima kasih kepada semua...mak abah... angah...uda ..adik ..dia....dan semua kawan-kawan yang membantu diri ini bermuhasabah dan mensyukuri nikmat Allah..serta yang paling penting berbaik sangka dengan Allah.... sebenarnya ikhlas dari hati..susah nak buat tapi kena cuba juga ialah fitrah manusia sukakan yg terbaik... dan sukar utk menerima ujian dan pemberian yg kurang dari Nya.....
Semoga selepas ini...hati ini akan bertambah kuat dan tabah menjawab soala-soalan yg berbaur perkara tersebut..... Semoga kejayaan akan menjadi milik diri ini hari ini, esok dan selamanya bersama rahmat dari Ilahi...amin....
Friday, April 2, 2010
BAKAL MERINDU...
Hai hari ni nak balik Muar n pastu nak g Putrajaya, ada kursus kat sane... baru nak Induksi..kawan2 lain dah conform pun... dah la Gred tak sama macam diaorg...klu dipikir2...sedih :( tapi bila dipikir2 balik tak seharusnya begitu sebab sekurang-kurang nye masih bernasib baik dan ada kerja dari pada org lain yang langsung tak dapat.... malas la nak citer bende ni..makin diingat makin berdarah luka lama...huhuhuhuhu kita kena redha ngan apa berlaku kerana kita merancang Allah taala juga merancang dan perancagan Allah lebih baik ... tula pesan seseorang.... so aku sedang belajar mendidik diri ini untuk redha dan sentiasa bersyukur pada pemberian Ilahi....
Oklah sambung balik, nak g Putrajaya, sorang2 rasa ngeri gak....(nerves sikit je) huhuhuhu so rasa susah plak klu bawa barang2 berharga banyak2 bersama ku...diriku saje dah cukup berharga..wakakakkakaka...
so rasanya seminggu kat sane, siang dah penuh ngan kursus, malam stay umah k.ayu mesti byk aktiviti...kui kui kui so rasanya adalah baik aku tinggalkan je laptop ni kat Johor.... dan kebetulan ada seseorang yg cukup bermakna nak pinjam...baik buat pahala bagi di apinjam..hihihhi (sebut2 kebaikan ni dpt tak pahala erk?)
Dan seminggu ni aku bakal merindu my lovely laptop yg dah 5 tahun berkhidmat pada ku, dan tak leh la nak tgk email ke FB and blog ni (cewah macam la selalu update blog) huhuhuhu apapun semoga perjalanan dan pengisian di Putrajaya nanti tak memboringkan dan menyebabkan teringat pada kesayanganku ini....dan jangan nakal-nakal ye sayang duk ngan orang tu....
wokey jumpa lagi ........... :-)
Oklah sambung balik, nak g Putrajaya, sorang2 rasa ngeri gak....(nerves sikit je) huhuhuhu so rasa susah plak klu bawa barang2 berharga banyak2 bersama ku...diriku saje dah cukup berharga..wakakakkakaka...
so rasanya seminggu kat sane, siang dah penuh ngan kursus, malam stay umah k.ayu mesti byk aktiviti...kui kui kui so rasanya adalah baik aku tinggalkan je laptop ni kat Johor.... dan kebetulan ada seseorang yg cukup bermakna nak pinjam...baik buat pahala bagi di apinjam..hihihhi (sebut2 kebaikan ni dpt tak pahala erk?)
Dan seminggu ni aku bakal merindu my lovely laptop yg dah 5 tahun berkhidmat pada ku, dan tak leh la nak tgk email ke FB and blog ni (cewah macam la selalu update blog) huhuhuhu apapun semoga perjalanan dan pengisian di Putrajaya nanti tak memboringkan dan menyebabkan teringat pada kesayanganku ini....dan jangan nakal-nakal ye sayang duk ngan orang tu....
wokey jumpa lagi ........... :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)


