Thursday, December 15, 2011

OMBAK RINDU

Semalam pergi sebuah kedai buku di Tesco Bukit Indah dan cuba mencari-cari novel OMBAK RINDU versi dulu-dulu... dalam minda saya tu sebuah novel berwarna ungu dan berlatar belakangkan ombak dan laut... memang tak jumpa tapi...tiba-tiba ah ada pun ala tapi lain la cover dia... ntah kenapa ye saya seperti tidak menyukai je cover yang baru ni..saya rasa dengan meletakkan gambar pelakon-pelakon Filem ombak rindu sebagai ilutrasi kulit telah menghilangkan identiti novel tersebut.... ( dalam hati tak bestnyeeee ) opss memandai je saya ni tapi itulah pandangan peribadi saya.....


Teringat waktu saya baca novel ini dahulu...ketika tu saya berusia akhir awal 20an... rasa buku tu telah meresapi minda dan jiwa remaja saya ketika itu...rasa novel tersebut ada jiwa yang begitu mengagumkan... saya belum lagi menonton filem tersebut jadi saya tidak boleh komen apa-apa mengenainya... tunggu saya dah tonton nanti...


suka yang ini...atau mungkin saya kesukaan saya pada warna biru dan ungu serta laut telah menpengaruhi minda saya.... Wa Allah hu alam...
Cuma saya tak begitu rasa teruja dengan ilutrasi kulit novel Edisi Ulang Cetak ini... huhuhuhu tapi siapa lah sayakan hanya seorang pembaca tegar je... apapun tahniah kepada semua yang terlibat dalam penulisan dan penghasilan novel dan filem OMBAK RINDU. Tahniah semoga fenomena ombak rindu ini akan memberi impak positif dalam pemikiran masyarakat. amin...

Sunday, November 27, 2011

KHASIAT BISMILLAH

Tadi belek-belek buku kat rak buku abah, terjumpa satu buku eh tak pernah plak baca buku ni, buku baru ni... apa lagi pinjam lah kejap... teba juga nak habiskan baca satu maam memang tak sempat ni, jadi baca cekut cekut je lah... Tertarikh pada perbahasan khasiat dan keistimewaan Bismillah..

Jadi rasanya nak share ngan orang lain pulak ..jom check it out:-


Imam Al-Manaawi di dalam kitabnya "Faidhu Qadiir" mengatakan bahawa diriwayatkan sesungguhnya ketika ayat 'Basmallah' diturunkan maka bergoncanglah gunung ganang.

Basmalllah terdiri daripada 19 huruf, sama dengan bilangan malaikat yang diserahi menjaga neraka. Dan antara keistimiweaannya ialah:-

* /untuk mempertingkatkan kewibawaan

* Dijauhi dari hal-hal yang tidak dingini.

* Agar perniagaan terus maju

* Agat ditunaikan hajatnya

* aman diwaktu tidur

* Untuk menundukkan orang zalim

* Menyembuhkan sakit

* Menjalinkan cinta dan kasih sayang atau mengilangkan bodoh

* Untuk melaksanakan hajat dan menghadapi orang

* Anak sentiasa hidup sihat

* Agar tanaman dihindari dari malapetaka

* Selamat dalam menghadapi musuh

* Menyembuhkan sakit kepala

* Untuk menyedarkan orang zalim

Ok jom kita sama-sama beramal.... Smoga kita dirahmati Allah

Tuesday, November 22, 2011

PROJEK JANA TABUNG

PENUH PETI AIS SAYA...
Sesi persekolahan dah sampai ke penghujung, semua sekolah dah bercuti, biasanya kalau akhir-akhir tahun ni, kebanyakkan sekolah akan buat majlis jamuan akhir tahun atau jamuan perpisahan... ermm macam masa zaman saya sekolah dulu, asyik menjamu je huhuhuhuhu

Asrama sekolah En. Kanda pun tak ketinggalan, boleh tahan gak duit bebudak ni, yelah simpanan dari awal tahun.. En. Kanda telah bermurah hati bagi saya satu projek...buat dadih 100 cup.... masa dapat tempahan tu, confident je sanggup ok..  Memandangkan kesihatan lum ok sepenuhnya, saya start lewat, nak ambil malam, pagi baru saya buat... itupun setelah En. Kanda asyik tanya je...huhuhuhu.

wah bila dah start buat, tak menang tangan plak.... tapi seronok, bila dah sejuk dan nak masukkan dalam peti ais..alamak satu lagi masalah tak muat lah pulak terpaksa keluarkan barang-barang dalam peti yg rasanya boleh dikeluarkan..well akhirnya berjaya...saya buat 3 rasa je: coklat, epal dan jagung...

apapun seronok ok selamat bercuti sekolah.... (dulu suka :) sekarang tidak lagi huhuhu sebab time cuti je kena tingal sorang)

Sunday, November 20, 2011

KEK BUNGA FONDANT


PERCAYA TAK SAYA YANG BUAT? nak tahu klik gambar ye....


Saya bersyukur, apabila saya menghadapi masalah seperti yang saya lalui ini, saya belajar untuk menjadi tabah dan memenuhkan ruang masa saya dengan perkara yang berfaedah dan mencari ilmu-ilmu duniawi yang baru disamping menambah ilmu ukhrawi... Alhamdulillah di atas segala ujian dan limpahan nikmat Mu Ya Allah.

Nak tahu cerita lanjut klik la kat gambar diatas ye....

teka mana satu cupcakes saya? huhuhuhuuhu paling kiri bawah ye...... yg handbag warna biru tu class gitu...