Dan yang menariknya...tak sangka pengikut-pengikut ku, telah duduk melepak di rak-rak buku pilihan sambil membaca..... wah menarik juga situasi ni... nak gelak pon ada...sebab tak disediakan kerusi kat situ.... tambahan plak tak semua kedai buku kat malaysia ni membenarkan
pelanggan membaca disitu.... sebenarnye tak tahulah kedai ni benarkan ke tidak...tapi memang takde ditegur oleh kakitangan disitu...kira boleh la kot....... teringat kedai buku kinokuniya di KLCC....masuk kedai buku rasa macam masuk perpustakaan..... seronoknya...
Setelah snap beberapa aksi kat sini, dan menjumpai buku yg dikehendaki, serta setelah berulang kali melihat jam yang hampir menunjukan waktu rehat telah dapat.... kami pon keluar dari kedai buku dengan 1001 rasa, dan bagi diri ini ..apa yg paling best sebab dapat beli buku yg dicari.... nak citer pasal buku ni tak leh lagi sebab lum habis baca....lepas habis baca nanti baru leh story....
Seronok bila kita membaca sesuatu .... apatah lagi dari pembacaan tersebut kita dapat sesuatu info yg mungkin selama ini kita tak tahu.... melalui membaca kita telah memegang kunci pengetahuan.... Wahyu pertama yang turun kepada Rasulullah juga adalah Perintah supaya membaca...
" Bacalah dengan menyebut nama tuhan mu yang mencipta * Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah * Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha mulia * Yang mengajar manusia dengan pena * Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya "
Al-Alaq : 1-5
Jadi mari kita semaikan sikap cintakan ilmu melalui pembacaan... MEMBACA JAMBATAN ILMU.....(antara mutiara kata popular masa zaman sekolah dulu.... )
No comments:
Post a Comment