Maya yang sedang menghadapi pelbagai masalah telah meluahkan perasaannya terhadap ibunya. Setelah mendengar cerita Maya, Ibunya telah mengajak Maya ke dapur, Ibu mendidihkan tiga periuk air kosong. Setelah air mendidih ibu masukkan lobak merah, telur dan serbuk kopi asli ke dalam periuk berasingan. Semua dibiarkan mendidih beberapa lama. Selepas itu ibu mengeluarkan lobak merah dan telur dan kopi dari periuk serta meletakkan nya di dalam mangkuk. Dan minta untuk maya cuba memegang lobak merah.... lembik... kemudian pecahkan telur yang telah direbus.... kemudian menghidu dan rasa aroma wangi kopi... Maya mohon penjelasan ibu mengenainya.......
Lobak merah, telur dan kopi telah dididihkan dengan cara dan jangka masa yang sama....
Lobak Merah = pada mulanya keras tetapi setelah dimasukkan ke dalam air yang mendidih menjadi lembik.



PERSOALANNYA DIMANA KAH KITA?
Adakah kita seperti lobak merah yang keras dengan warna gemilang, menjadi lemah dan lembik luar dan dalam apabila diuji? meratap sepanjang hidup atas "malangnya" nasib yang menimpa diri? mencari-cari siapakah yang patut dipersalahkan atas panasnya penderitaan kita?
atau...........
Seperti telur yang bermula dengan memiliki hati yang lembut, menjadi keras hatinya apabila menghadapi bencana dan ujian?Luarannya seperti tidak berubah tetapi keras di dalamnya, tercari-cari kepada siapa dendam hendak dibalas kerana penderitaan yg melanda, mengukur berapa tebal tembok yang perlu dibina antara diri dengan 'penjahat' yang membuat hidup menjadi susah?
atau..................
Seperti biji kopi yang tidak pernah hilang jati diri walau pun telah dikisar dan dimasukkan ke dalam air mendidih sehingga hilang sifat luarannya. Cabaran dan ujian tidak mengubah jatidiri. Kepasrahannya menerima apa jua yang mendatang tidak membunh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi. Lebih banyak cabaran dan rintangan, potensi diri terus berkembang sehingga mampu pula memberi inspirasi kepada orang lain. Dari pengalaman menghadapi 'kepanasan' mampu pula membimbing orang lain...
jawapannya ada pada kita............
tepuk dada tanya la Iman dan akal serta hati kita.............
copyright from: ANIS OGOS 2010
No comments:
Post a Comment