Showing posts with label PANDANGAN KU. Show all posts
Showing posts with label PANDANGAN KU. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

ALLAH BERSAMAKU...

Bila diri ini ditimpa permasalahan..mungkin kah itu ujian atau Dugaan atau peringatan daripada Allah..Wa Allahu Alam... apapun sebagai HambaNya, kita seharusnya redha dan bersabar di atas Ujian tersebut... Banyak Rahsia Allah yang tidak kita ketahui kecuali dengan izinNya..jadi kita kena redha dan bersabar dengan percaturan yang diberikan kepada kita..

Saya pernah juga terbaca, sebagai HambaNya kita kerapkali redha, bersabar dan pasrah dengan apa jua yang berlaku... tetapi kita jarang bersyukur ke atasnya kecuali kalau perkara yang terjadi itu memang kita hajati.

Tetapi perasan tak?.. Realitinya Allah akan Menurunkan hujan dahulu sebelum menghadiahkan kita Pelangi yang indah.. jadi marilah kita bersama-sama bersyukur dan bersabar dengan apa jua Ujian atau Dugaan yang mendatang dalam diri hidup kita...Dan satu kalimah berhantu yang sering dititipkan oleh En. Kanda ketika saya terumbang ambing...."  ALLAH BERSAMA KITA" thanks abg.....
Jom kita sama-sama hayati bait-bait lirik lagu Mestica nie...

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimala dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu





Monday, May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU

Ibu-ibu engkau lah ratu hati ku.


Bila ku berduka..


Engkau hiburkan selalu..



Bila cerita tentang ibu... lagu kat atas tulah lagu paling glamor sejak kecik sampai bakal nak jadi Ibu(Insyaallah) Ibu memang orang paling berjasa bagi setiap insan.. mana tidaknya dari mengandungkan , melahirkan dan membesarkan.. fuh semua tugas tu bukan mudah...



















Bagi ku setiap hari adalah hari ibu, setiap hari berkasih sayang, mengingati dan membuat kebaikan untuk ibu.... tapi hari ibu yang disambut ni..adalah untuk mengingatkan pengorbanan ibu kepada mereka yang terlupa.... Apapun selamat hari ibu......dan semoga Diri ini sentiasa menghargai ibu ku....















..... jentayu biru .....



Wednesday, November 10, 2010

saya yang tiada idea untuk menulis

Hai...lama nye tak tgk blog ni... nak sempat atau dalam erti kata lain malas  hihihihihi ...sebenarnya byk idea-idea yg merencana di dalam minda tapi tak mampu diluahkan di papan keyboard ni.. bila jari jemari ni mula untuk menari tapi akhirnya gagal dalam mencari rentak..maka hilang la irama dan lagu untuk saya postkan ke dalam entry saya...


Tapi rasanya malam ni tetap nak gagahkan diri mencari kembali rentak dan irama untuk menghasilkan sebuah lagu yg menarik...cewah... saya sebenarnya dilanda kerisauan ... kenapa ntah rasa takut sikit... rasanya bukan saya je yg takut ni..mak abah n adik2 saya pon nampak risau....


Kekadang saya terfikir sendiri, susahnya menguruskan majlis walimah ye.... tapi kenapa ada sesetengah masih sibuk mencari dan mengintai ruang tuk memutuskan ikatan murni tersebut..adui kes tuntutan fasakh dan taliq boleh la tahannya..itu tak termasuk kes permohonan cerai dan lafaz cerai....


mungkin ada benarnya, kalau menguruskan majlis walimah sahja sudah sukar, apatah lagi kehidupan dalam perkahwinan tersebut...semestinya juga sukar ..tetapi semua perkara sukar dan susah jika kita tidak berjaya mengatasi dan mengurus masalah dengan baik.


Tak cakap lebih pon tak reti sebab belum cukup pengalaman dan belum pun menempuhinya, semoga melalui pengalaman rakan2, client (pengalaman yg paling banyak sampai kekadang buat saya takut hihihi), pembacaan dan observasi tak formal saya akan menjadikan saya lebih matang dan dapat melalui fasa tersebut dengan lebih baik

Dan semoga segala perancangan kami dipermudahkan berjalan lancar...aminnn

Monday, October 25, 2010

Filem Kita Wajah Kita?

Semalam, saya berkesempatan menonton Festivel Filem Malaysia yang Ke23... banyak juga filem yang tercalon tapi saya tak pernah dengar, contoh macam filem estet, Haq dan ada beberapa lagi... adakah filem tu kurang publisiti atau bajet kecil takde modal untuk publisiti? atau saya yang tak ambik tahu pasal filem tersebut..

Apapun sebagai penonton biasa yang tiada pengetahuan penuh mengenai filem apatah lagi dunia seni, saya tertarik untuk bercerita mengenai Filem yang telah menjadi filem terbaik iaitu Magika...bagi saya filem magika adalah satu anjakan dalam dunia perfileman Malaysia, walau dilihat ianya seakan meniru cerita-cerita Disney dari Hollywood namun bagi saya ianya tetap ada jati diri Malaysia, kisah dan jalan ceritanya tetap Malaysia kerana semua watak-watak didalamnya adalah watak-watak cerita rakyat masyarakat kita yang kian di lupakan...

Saya dibesarkan dengan cerita-cerita rakyat ini, yang diselitkan dengan unsur-unsur moral yang bersahaja. Sekurang-kurangnya cerita ini dapat mengantikan kisah-kisah fairy tales seperti sleeping beauty, cinderella, Pinachio ddan sebagainya. Bukan apa tetapi jati diri dan asal usul kita perlu diterapkan kepada generasi muda kita terutama kanak-kanak...Bukan kah kanak-kanak adalah permata negara?

Bila melihat Magika saya tidak segan untuk melaungkan kembali sloganyang pernah diwar-warkan Finas satu masa dahulu "Filem Kita Wajah Kita" tapi sekiranya melihat lambakan filem diluar sana pada hari ini saya malu bukan setakat mewawarkan untuk menyebut slogan tersebut juga malu. Kerana saya malu untuk meniayakan apakah masyarakat yang gemar kepada kisah-kisah seram, mengeksplotasi wanita, atau kisah cinta yang tidak melambangkan masyarakat timur dan syariat Islam seperti yang digambarkan di dalam filem itu sama dengan realiti hidup masyarakat kita?

Saya teringat mengenai kupasan wartawan Utusan Malaysia sebulan yang lalu mengenai kurangnya filem berunsur Islam di Malaysia, jika dilihat sekeliling kita memang betul pun, cetusan pendapat seorang pembaca Utusan Malaysia (untuk penulisan penuh sila klik) mengenai filem kita hari ini, secara peribadi saya turut bersetuju dengan pendapat beliau...

Senaman Minda untuk hari ini......

* Sekadar luahan rasa dan pendapat dari pemikiran dan pandangan dari insan yang tidak mengerti dan memahami dunia seni tapi apa yang saya faham matlamat tidak menghalalkan cara...... Wa Allahu Alam.