Thursday, September 15, 2011

KHASIAT AIR KOSONG....

air masak? ala tak nak lah...huhuhu tu la dialog yang sering meniti bibir sejak 28 tahun yang lalu.. sebab tu selalu je kena hidration atau kurang air dalam badan..cuma alhamdulillah tidak pernah dimasukkan ke wad kerana kurang air.... (rahsianya tak suka ke hospital kalau sakit..ke klinik je) huhuhu
Tapi sekarang rasanya menyesal pulak..sekarang ni nak paksa diri ini minum air.. dan setelah dileteri oleh Mr.Kanda dan rakan2 kat pejabat akhirnya saya nekad..ditambah pulak maklumat yang saya dapat daripada blog ini.. so saya share kat sini ye..kredit utk pemilik blog ini...



"MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.



Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.



Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

* Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

...jentayubiru...

Thursday, September 8, 2011

ALLAH BERSAMAKU...

Bila diri ini ditimpa permasalahan..mungkin kah itu ujian atau Dugaan atau peringatan daripada Allah..Wa Allahu Alam... apapun sebagai HambaNya, kita seharusnya redha dan bersabar di atas Ujian tersebut... Banyak Rahsia Allah yang tidak kita ketahui kecuali dengan izinNya..jadi kita kena redha dan bersabar dengan percaturan yang diberikan kepada kita..

Saya pernah juga terbaca, sebagai HambaNya kita kerapkali redha, bersabar dan pasrah dengan apa jua yang berlaku... tetapi kita jarang bersyukur ke atasnya kecuali kalau perkara yang terjadi itu memang kita hajati.

Tetapi perasan tak?.. Realitinya Allah akan Menurunkan hujan dahulu sebelum menghadiahkan kita Pelangi yang indah.. jadi marilah kita bersama-sama bersyukur dan bersabar dengan apa jua Ujian atau Dugaan yang mendatang dalam diri hidup kita...Dan satu kalimah berhantu yang sering dititipkan oleh En. Kanda ketika saya terumbang ambing...."  ALLAH BERSAMA KITA" thanks abg.....
Jom kita sama-sama hayati bait-bait lirik lagu Mestica nie...

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimala dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu





Wednesday, September 7, 2011

BAGAIMANA SAYA BOLEH GEMUK?


tapi saya lum sampai tahap macam ni ye.... hihihihih

Huh pening bila tengok badan sendiri.. makin berisi makin tembam dan yang paling tak best adalah..baju saya yang cantik-cantik (hehehe perasan) kebanyakan dah tak muat... 

takpelah saya pun mencari apa punca saya gemuk dan jom kita check it out:-


GEN/KETURUNAN
 jika kedua orang tua kita gemuk, maka kurang lebih 70% kemungkinan wanita akan menjadi gemuk, dan jika salah satu dari orang tua kita ada yang gemuk, maka kurang lebih 70% wanita juga berpeluang menjadi gemuk!.

CARA PEMAKANAN
Mengambil makanan dan minuman yang berkalori tinggi dan berlebihan dalam jangka waktu panjang, misalnya: manisan, minuman soda, makanan goreng dan daging yang berlebihan, jarang mengambil sayur-sayuran, semua ini juga merupakan sebab utama menjadi gemuk!.




KURANG BERSENAM
Meskipun jumlah makanan tidak berubah, tapi karena kurang Senaman, sehingga jumlah kalori yang dibuang juga kurang, ditambah lagi dengan penimbunan jangka panjang, akibatnya badan kita juga akan menjadi gemuk dengan sendirinya.

 PERUBAHAN HORMON
acapkali pengeluaran hormon wanita mengalami kelainan, terutama ketika wanita mengalami gangguan haid dan metabolisme tubuh mengalami gangguan, mengakibatkan pola makan yang kurang baik, ini juga dapat mengakibatkan badan menjadi gemuk, terlebih lagi pada wanita setengah umur yang sudah menopause.


 NAFSU MAKAN YANG KETERLALUAN

Ketika saraf sentral yang mengatur nafsu makan mengalami gangguan, maka nafsu makan akan meningkat drastis, sehingga lama kelamaan juga akan membuat badan menjadi gemuk!.


KURANG TIDUR Ada dua hal yang berkaitan dengan tidur dan kegemukan. Pertama,  Hal kedua adalah yang berkaitan dengan zat kimia dalam tubuh. ketika kita tidak tidur hormone yang memicu nafsu makan akan dikeluarkan, akibatnya kita akan merasa kelaparan saat bangun tidur. Hormone ini juga membuat perut tidak pernah merasa kenyang.

STRESS
Saat kita didera berbagai persoalan dan kesibukan, tubuh akan beradaptasi dengan cara mengeluarkan hormone kortisol atau hormone stress. Hormone ini bisa menngkatkan nafsu makan sehingga tak heran bila saat dikejar deadline atau sedang stress, kita akan mengasup lebih banyak makanan.

PENGAMBILAN UBAT
Obat antidepresan adalah salah satu jenis obat yang bisa meningkatkan berat badan, terutama jika diminum dalam jangka panjang. Obat lain yang perlu diwaspadai adalah obat untuk gangguan mental, obat hipertensi, obat migren dan diabetes.


HIPERTASI
.Bila kelenjar tiroid (berada di sekitar leher, berbentuk seperti kupu-kupu) tidak mampu memproduksi hormone tiroid dengan cukup, kita akan merasakan gejala mudah lelah, lemas, dan berat badan naik. Bila tubuh kekurangan tiroid, metabolism akan berjalan lambat sehingga tubuh menjadi gemuk.

 
AMALAN PEMGAMBILAN MAKANAN MANIS.
Meski masih diperdebatkan para ahli, nyatanya kes obesiti di amerika terus meningkat seiring dengan makin populernya minuman manis. Selain rasa manis dan kalori berlebih, gula tidak member manfaat apapun. Karena itu, batasi konsumsi minuman manis, termasuk softdrink dan belajarlah mengkonsumsi air putih setiap hari.



Untuk faktor tambahan sila rujuk sini ..


OK kawan-kawan post akan datang kita cari dan share maklumat mengenai macammana nak kuruskan badan pula ye.. ok balik dulu...



JENTAYU BIRU

Tuesday, August 30, 2011

SEMANIS MAMA CARRIES



 Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin.... ramadhan dah melabuhkan tirai...sedih plak.. Dan tanpa sedar dah 2 syawal dah hari ini. Tahun pertama beraya dengan suami dan semoga tahun depan Allah taala izinkan beraya dengan 'tanda cinta kami' pula..insyaallah..



tahun ni dapt makan kuih mama carries, dah lama cari sebab suka sangat kuih ni sedap..nyum nyum nyum ni pun angah yang beli.. 50biji = Rm18.00  sedap tau.....


mencucuk dan membakar satey..seksi you!! huhuhuhuhu
Tahun ni juga En. Kanda kena masa satey...wahahaha...satey ayam, satey daging dan satey paru... wah sedap.. well resepi satey senang nye rupanya tapi yang susahnya nak menyiang dan mengemaskan daging , ayam dan paru tu..lotih den... pastu bab mencucuk tu..perg sakit pinggang...nak hidupkan api pun seksa jugak...well apa pun seronok la... tahun ni raya penuh bermakna...walau diri ini 'on off on off' tapi Alhamdulillah..masih mampu mengawalnya.... 
Alamak kabur dek asap la plak.....   




ni baru jelas...( TEAM BAKAR SATEY) keje keras hidupkan api huhuhuhu


abah pun menyumbang tenaga...cucuk satey ayam.... pengalaman pertama kata abah...huhuhuhu




rendang paru yang masih belum kering...
Tapi yang paling best adalah Mr Kanda kot...sebab RENDANG PARU dia dapat pujian melangit dari mak Noi...siap minta resepi tu.. wakakakakka...

tapi memang sedap pun (wah puji suami sendiri) huhuhuhu atau memang aku ni memang suka dan tahap cipan suka pada paru tak kira masak apa...hihihihihi




dan satu lgi masakan yang kami sekeluarga tak pernah masak sebelum ini ialah lepat... En. Kanda ngan anne(adik kembar En. Kanda) yang buat... aku just tolong basu pulut dan kacang tolo je.... daun palas uda n adik pegi cari kat Mersing( yela dah last minute kan) well kali ni biar gambar la yang berbicara...lotih den... hihihihi


      kacang tolo....








kacang telo dimasak sekejap dengan santan...
my adik ipar tengah dok mengacau....


pulut yang bercampur kacang tolo tadi dibungkus dalam daun palas......



 kemudian lepat ni di rebus macam kita rebus ketupat tu... tapi tak sempat plak nak amik gambar yang dah siap masak..... kih kih ... well tapi memang terbaik la...sedap...nyum nyum..


Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah di atas nikmat kehidupan ini, semoga diri ini dapat bertemu lagi dengan Ramadan dan syawal tahun hadapan...amin....