apa yang berlaku pada malam 16 september 2010? tahun ni 16hb september adalah hari cuti umum kerana meruapkan hari malaysia....
Seingat minda ini, 16 September 1963 merupakan hari pertama nama Tanah Melayu ditukar kepada nama Malaysia...dan diguna pakai sehingga hari ini. Sebelum ini ianya bukan cuti umum tetapi semenjak Datuk Seri Najib memegang tampuk pimpinan Malaysia dan dengan slogan 1 Malaysia, maka hari ini diangkat sebagai hari cuti umum Malaysia dan merupakan salah satu dari hari-hari bersejarah kepada Malaysia..... sebenanrnya kalau dihayati dan diterokai Sejarah Malaysia dan Tanah Melayu banyak kisah dan cerita-cerita yang tersurat dan tersirat, pengorbanan pelbagai pihak yang perlu dihargai oleh warga muda.... betapa susahnya untuk memperolehi apa yang telah kita perolehi.... Semoga Malaysia berada dibawah payungan rahmat Ilahi dan sentiasa aman dan damai sentiasa aminnnnn.
spa yg kami pergi tu lagi best dari gambar ni...suasananya nyaman je....macam tepi sungai
Tapi sebenarnya bukan nak cerita tu saje...tapi ada cerita lain sebenarnya... waktu tengah rehat2 kat rumah seorang rakan sepejabat telefon, ingat kenapa la ...rupanya bakal pengantin ni ajak teman dia pergi buat inai.... dan g pedicure dan menicure.... dan lepas asar kami..(bertiga tapi bukan nga pengantin lelaki ye... hihihihihi) menjalankan misi... pertama nya pergi ke SPA...dan nasib baik... kakak SPA tu bagitau rupanya kalau nak pakai inai tak sesuai buat Pedicure dan Menicure sebab nanti inai tak lekat..perg nasib baik dia bagitau...kalau tak ,, menangis tak berlagu la bakal pengantin ni nanti...huhuhuhu inai ni penting kan bagi pengantin ... Jadi dia just basuh rambut je.... (aktiviti lain dirahsiakan)


Untuk diri ini...... belajar la dari pengalaman mereka.... Dan semoga diri ini akan dapat menyerapi ilmu-ilmu tidak formal ini dengan baik, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.....
No comments:
Post a Comment