Tersentak bila ustaz tersebut, bercerita mengenai bapa peguin... teringat kepada satu video yang saya terima dari rakan FB... sama lah dengan apa yang ustaz ceritakan... ustaz telah menghuraikan mengenai sikap sabar bapa penguin dalam menjalani rutin dan sunahtullah yg telah ditetapkan kepada mereka.... alhamdulillah sikit sebanyak terkesan juga di hati saya....
Tapi apa yg ingin saya sampaikan sedikit berbeza, kisah yang sama tapi kesan yg berbeza... saya ingin menyentuh mengenai tanggungjawab seorang bapa terutama mengenai nafkah... ( mungkin pengaruh kerja saya menyebabkan saya berfikir begitu) Saya merasakan betapa bapa peguin sangat bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai anak mereka... mereka bersusah payah menjaga selama 4 bulan dan memberi makan walau mereka sendiri tidak makan... Cukup berbeza dengan sikap segelintir masyarakat kita hari ini... Mereka hanya pandai merancang untuk mendapat anak tetapi gagal dalam menyediakan keperluan anak tersebut... (tapi bukan semua ya) bagi saya masalah bapa culas dalam pemberian nafkah bukan isu kecil dan terpinggir tapi ia merupakan wabak yang semakin serius, kalau tak takkan lah sampai kerajaan terpaksa mewujudkan satu bahagian atau unit dibawah Jabatan Kehakiman Syariah semata2 untuk menguatkuasakan pembayaran nafkah oleh bapa-bapa culas ini...
Kekadang rasa lucu, apabila tanggungjawab dan amanah dibahu, perlu diingatkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan... Seharusnya sekiranya mereka-mereka ini beramal dengan AL-Quran dan Sunah, brpaksikan kepada ajaran Islam sebenar, maka semestinya isu bapa-bapa culas nafkah tidak timbul, kerana masing-masing tahu akan tangungjawab masing-masing...

Bila direnungi, sebenarnya sekeliling kita ada ilmu dan peringatan yang Allah berikan kepada kita, terserah kepada kita untuk mencari, menyedari dan menyerapi ilmu-ilmu tersebut dan akhirnya mengamalkannya...
Jom sama-sama kita belajar dari kehidupan ini.... sebab FOC je.... ( baru je belajar perkataan ni FOC = Free Of Charge... hai byk nye yg tak tahu hihihihi )
* Ini adalah pendapat peribadi hasil dari penelitian dan pengamatan tidak formal saya...yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan... wa Allah hu alam..
No comments:
Post a Comment