Showing posts with label permata hati. Show all posts
Showing posts with label permata hati. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Nak Jadi Ibu.......

hari tu masa post selamat hari ibu di wall Fb..ada seseorang tanya bila plak diri ini nak jadi ibu? huhuhuhu soalan bonus tu... tapi meminjam ayat suami yang selalu dia titipkan pada saya... "coming soon..doakan ye" well saya pun guna lah ayat tu.. walau secara lisannya saya selalu akan jawab.. "ada isi makanan" tapi saya suka dengan beberapa ayat posotif segelintir teman..relax la baru nak masuk lima bulan baru lagi kan... kami doakan semoga cepat... seronoknya hati berbunga-bunga bila didoakan sedemikian..saya percaya ramai pasangan yang baru kahwin tapi belum tiba rezeki untuk menerima cahayamata juga akan berperasaan seperti saya...cewah...






Saya tak sabar nak tunggu bulan baru..sebab saya nak pastikan sesuatu yang selalu bermain di minda saya sejak akhir-akhir ni... biasalah suka berangan yang ntah apa-apa ntah... hihihihihi pastu saya jadi tetiba rajin untuk berkongsi mengenai apa yang saya baca di satu laman sesawang ni...






10 TANDA HAMIL...





Menurut penulis : ramai wanita tidak tahu mereka mengandung sehingga mereka tidak datang haid pada bulan tersebut... jadi ada beberapa tanda awal untuk mengetahui samaada kita hamil atau tidak.... jom check it out....









1- Rasa Lapar Berpanjangan(saya memang kuat makan dari azali...huhuhuhu)






2-Perubahan pada warna sekeliling payudara






3-Kerap buang air kecil






4- Rasa Tida bermaya (letih sebab g keje jauh dan setiap hari menghadap jem (kalau jem leh makan best gak) huhuhuhu)





5- sakit dan Tegang Pada Buah Dada






6- Pendarahan dan senak pada ari-ari






7- Rasa loya dan muntah






8- Suhu asas badan tinggi berpanjangan






9- Missed period






10.Keputusan urine (air kencing) yang positif...













Hehehehe... saje je lah nak citer kat sini.. takde pun tanda-tanda tu semua kat diri ini lagi..maybe nak suruh g honeymoon dulu kot.. sebab kami dah kehilangan 4 bulan untuk berbulan madu..so boleh qada' sekarang ye En. Kanda? hihhihi







ok selamat menambah info...






......jentayu biru.......














































-

Wednesday, September 29, 2010

belajar dari kehidupan



  
Pagi tadi dengar motivasi pagi dari IKIM.FM.... motivator cerita pasal hati.... dan apa yang menarik perhatian saya adalah apabila ustaz cerita pasal belajar dari kehidupan... Sebagai manusia yang dianugerahi akal dan fikiran, dengan mudah kita dapat menyerap ilmu-ilmu tidak formal dari persekitaran kita dankehidupan... sedar atau tidak, dalam tempoh 24 jam kita sebenarnya bertemu dgn 1001 pelajaran dan pengajaran, bezanya sama ada kita berjaya menyerapi nya atau ilmu itu pergi bagai angin lalu.... kalau itu terjadi betapa ruginya kita....

Tersentak bila ustaz tersebut, bercerita mengenai bapa peguin... teringat kepada satu video yang saya terima dari rakan FB... sama lah dengan apa yang ustaz ceritakan... ustaz telah menghuraikan mengenai sikap sabar bapa penguin dalam menjalani rutin dan sunahtullah yg telah ditetapkan kepada mereka.... alhamdulillah sikit sebanyak terkesan juga di hati saya....

Tapi apa yg ingin saya sampaikan sedikit berbeza, kisah yang sama tapi kesan yg berbeza... saya ingin menyentuh mengenai tanggungjawab seorang bapa terutama mengenai nafkah... ( mungkin pengaruh kerja saya menyebabkan saya berfikir begitu) Saya merasakan betapa bapa peguin sangat bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai anak mereka... mereka bersusah payah menjaga selama 4 bulan dan memberi makan walau mereka sendiri tidak makan... Cukup berbeza dengan sikap segelintir masyarakat kita hari ini... Mereka hanya pandai merancang untuk mendapat anak tetapi gagal dalam menyediakan keperluan anak tersebut... (tapi bukan semua ya) bagi saya masalah bapa culas dalam pemberian nafkah bukan isu kecil dan terpinggir tapi ia merupakan wabak yang semakin serius, kalau tak takkan lah sampai kerajaan terpaksa mewujudkan satu bahagian atau unit dibawah Jabatan Kehakiman Syariah semata2 untuk menguatkuasakan pembayaran nafkah oleh bapa-bapa culas ini...

Kekadang rasa lucu, apabila tanggungjawab dan amanah dibahu, perlu diingatkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan... Seharusnya sekiranya mereka-mereka ini beramal dengan AL-Quran dan Sunah, brpaksikan kepada ajaran Islam sebenar, maka semestinya isu bapa-bapa culas nafkah tidak timbul, kerana masing-masing tahu akan tangungjawab masing-masing...

Kadangkala kasihan kepada si ibu, bersusah payah turun naik mahkamah, menebalkan muka memohon bantuan guaman, JKM dan baitulmal kerana tidak mampu menanggung sendirian kos kehidupan anak, lagi malang ada yang  terpaksa menanggung kehidupan bapa-bapa culas ini.... dan bapa-bapa ini seolah seperti batu mendiamkan diri dan ada yang lebih dashyat melarikan diri atau menyusahkan diri sendiri dengan mengecilkan pendapatan di slip pendapatan masing-masing...

Bila melihat video ini dan membandingkan dengan sikap-sikap insan culas ini, terasa malu sendiri... sebagai insan yang dianugerahi akal dan fikiran seharusnya kita lebih teratur dan bertanggungjawab. Jika diteliti, saya berpendapat kes-kes culas nafkah  adalah satu dari faktor kebobrokan akhlak remaja, mereka mula mencari jalan pintas untuk mendapatkan duit kerana sedih melihat ibu bersusah payah atau mungkin kerana seronok jika memperolehi duit yang banyak... tepuk dada tanya lah minda...

Bila direnungi, sebenarnya sekeliling kita ada ilmu dan peringatan yang Allah berikan kepada kita, terserah kepada kita untuk mencari, menyedari dan menyerapi ilmu-ilmu tersebut dan akhirnya mengamalkannya...
Jom sama-sama kita belajar dari kehidupan ini.... sebab FOC je.... ( baru je belajar perkataan ni FOC = Free Of Charge... hai byk nye yg tak tahu hihihihi )

* Ini adalah pendapat peribadi hasil dari penelitian dan pengamatan tidak formal saya...yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan... wa Allah hu alam..