Sunday, October 3, 2010

Denggi? Virus Kencing Tikus? Jangkitan Bakteria di Paru-paru........

Dah seminggu bilik tu kosong....... minggu lepas masih ada fail dan buku-buku yg tersusun rapi, tapi minggu ni kosong...yang ada hanya kerusi, meja, rak-rak dan komputer yg kehilangan tuannya.... Ermm diaorg tu rasa tak erk kehilangan macam yang aku rasa? ada perasaan ke kerusi, meja tu? huhuhuhuhuhu

Rasa janggal bila balik lalu depan bilik tu tak cakap apa-apa macam dulu "bye balik dulu jumpa esok" ...takde member leh citer secara santai pasal kes-kes kat mahkamah, ragam client dan macam-macam la...nak jumpa tuan-tuan yang lain mesti la ala-ala skema sikit kan? fuhhhhhhhh sedih weiiiiiiiiiiiiiiiiii

Dan hari khamis tu, dikejutkan kan satu lagi berita.... dia masuk hospital...HUKM wad kritikal.... sakit apa la plak Cik Kak ni... menurut sumber... sesak nafas, kencing kotor, tekanan darah rendah dan doktor nak masukkan tiub air terus ke jantung...dan jika tak sedar malam tu juga akan dimasukkan ke ICU.... Ya Allah..bantulah kawan ku amin.... Malam sikit dapat call... nama dia yang naik... suspen takut plak nak angkat..bila angkat suara lemah kedengaran... citer dan maklumkan dia kat wad...sedih sgt bila dengar dia mengadu sakit..kena cucuk sana kena cucuk sini.... semoga dia tabah menghadapi Ujian ini...aminn..

Esokkannya kat office, kecoh citer pasal dia....... doktor suspect Denggi... petang dapat berita Doktor suspect Virus Kencing Tikus http://www.sihatselalu.com.my/2010/07/kencing-tikus-leptospirosis.html...
risau nye bila dengar macam ni.... tiba-tiba rasa sedih sebab hari last hari tu, tak dapat jumpa dengan dia, sebab terlibat dengan bengkel pelan tindakan ekonomi wanita Johor....... rasa nyesal plak tak lari je kejap petang tu....

Setelah pakat-pakat, sabtu pagi saya dan beberapa orang rakan pejabat (dua kereta) pergi ke HUKM... perjalanan rasa lambat sangat...tak sabar nak jumpa dia...... smpai HUKM petang, lega dapat tgk muka dia, walau rasa pilu dan sedih tengoh wajah pucat tu.......... Dan maklumat terbaru...doktor kata bukan virus kencing tikus.... doktor kata ada jangkitan kuman di paru-paru... diagnosis sekarang hanyalah antibiotik... Doktor juga manusia biasa, tak dapat mengesan penyakit dengan serta merta.... semoga doktor dapat mengesan penyakit sebenar dia dan yang paling penting dia cepat sembuh walau sakit apapun yang dihadapi...aminn
Alhamdulilah yang datang semuanya kecuali saya... memang pelawak hebat sehingga mampu buat dia ketawa.... dan makan nasi lebih dari semalam... (Akmal yang bagitau dia takde selera makan)


Dah tiba masanya untuk kami pulang dan tinggalkan wad tu..... sedihnya.... air mata dah bergenang tapi kena tahan, tak leh nangis...tak mau pulang dengan tangisan sebab air mata ini akan menambah kesedihan dan kesengsaraan dia.... kena tabah kuat hadapi ujian Allah ini.... Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak kuat untuk menghadapi ujian itu.....

Ya Allah ..
kuatkan lah semangat Noor Hanini Ismail dan suaminya (pengantin baru lagi...baru dua minggu)
dalam menghadapi ujian mu...
semoga cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa
aminnnn

Wednesday, September 29, 2010

TIADA YANG MUSTAHIL

Sebenarnya tajuk untuk entry kali ni macam tak berapa nak kena... tapi saje sebab tiba-tiba terfikir ayat tu, jadi nak guna juga....
tujuan entry ni sebab @ untuk menyatakan ralat pada entry sebelum ini......
 maaf, tak perasan video kat entry sebelum ni tak habis... takpe saya upload yang baru ni...tararrrr....



lama juga tunggu tuk upload video ni...mata dah mula kuyu, esok ada kes luar daerah...fail?

 boleh tahan lah 10 fail... huhuhuhuhu semoga esok berjalan dengan lancar.. masa menunggu di

terjumpa satu post yang rasa macam menarik untuk dikongsi....


utk diri ini: selamat memahami dan beramal...... (orange ? eeeee color yg orang Tu sukerrrr. hihhuhuhuhu)

belajar dari kehidupan



  
Pagi tadi dengar motivasi pagi dari IKIM.FM.... motivator cerita pasal hati.... dan apa yang menarik perhatian saya adalah apabila ustaz cerita pasal belajar dari kehidupan... Sebagai manusia yang dianugerahi akal dan fikiran, dengan mudah kita dapat menyerap ilmu-ilmu tidak formal dari persekitaran kita dankehidupan... sedar atau tidak, dalam tempoh 24 jam kita sebenarnya bertemu dgn 1001 pelajaran dan pengajaran, bezanya sama ada kita berjaya menyerapi nya atau ilmu itu pergi bagai angin lalu.... kalau itu terjadi betapa ruginya kita....

Tersentak bila ustaz tersebut, bercerita mengenai bapa peguin... teringat kepada satu video yang saya terima dari rakan FB... sama lah dengan apa yang ustaz ceritakan... ustaz telah menghuraikan mengenai sikap sabar bapa penguin dalam menjalani rutin dan sunahtullah yg telah ditetapkan kepada mereka.... alhamdulillah sikit sebanyak terkesan juga di hati saya....

Tapi apa yg ingin saya sampaikan sedikit berbeza, kisah yang sama tapi kesan yg berbeza... saya ingin menyentuh mengenai tanggungjawab seorang bapa terutama mengenai nafkah... ( mungkin pengaruh kerja saya menyebabkan saya berfikir begitu) Saya merasakan betapa bapa peguin sangat bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai anak mereka... mereka bersusah payah menjaga selama 4 bulan dan memberi makan walau mereka sendiri tidak makan... Cukup berbeza dengan sikap segelintir masyarakat kita hari ini... Mereka hanya pandai merancang untuk mendapat anak tetapi gagal dalam menyediakan keperluan anak tersebut... (tapi bukan semua ya) bagi saya masalah bapa culas dalam pemberian nafkah bukan isu kecil dan terpinggir tapi ia merupakan wabak yang semakin serius, kalau tak takkan lah sampai kerajaan terpaksa mewujudkan satu bahagian atau unit dibawah Jabatan Kehakiman Syariah semata2 untuk menguatkuasakan pembayaran nafkah oleh bapa-bapa culas ini...

Kekadang rasa lucu, apabila tanggungjawab dan amanah dibahu, perlu diingatkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan... Seharusnya sekiranya mereka-mereka ini beramal dengan AL-Quran dan Sunah, brpaksikan kepada ajaran Islam sebenar, maka semestinya isu bapa-bapa culas nafkah tidak timbul, kerana masing-masing tahu akan tangungjawab masing-masing...

Kadangkala kasihan kepada si ibu, bersusah payah turun naik mahkamah, menebalkan muka memohon bantuan guaman, JKM dan baitulmal kerana tidak mampu menanggung sendirian kos kehidupan anak, lagi malang ada yang  terpaksa menanggung kehidupan bapa-bapa culas ini.... dan bapa-bapa ini seolah seperti batu mendiamkan diri dan ada yang lebih dashyat melarikan diri atau menyusahkan diri sendiri dengan mengecilkan pendapatan di slip pendapatan masing-masing...

Bila melihat video ini dan membandingkan dengan sikap-sikap insan culas ini, terasa malu sendiri... sebagai insan yang dianugerahi akal dan fikiran seharusnya kita lebih teratur dan bertanggungjawab. Jika diteliti, saya berpendapat kes-kes culas nafkah  adalah satu dari faktor kebobrokan akhlak remaja, mereka mula mencari jalan pintas untuk mendapatkan duit kerana sedih melihat ibu bersusah payah atau mungkin kerana seronok jika memperolehi duit yang banyak... tepuk dada tanya lah minda...

Bila direnungi, sebenarnya sekeliling kita ada ilmu dan peringatan yang Allah berikan kepada kita, terserah kepada kita untuk mencari, menyedari dan menyerapi ilmu-ilmu tersebut dan akhirnya mengamalkannya...
Jom sama-sama kita belajar dari kehidupan ini.... sebab FOC je.... ( baru je belajar perkataan ni FOC = Free Of Charge... hai byk nye yg tak tahu hihihihi )

* Ini adalah pendapat peribadi hasil dari penelitian dan pengamatan tidak formal saya...yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan... wa Allah hu alam..

Sunday, September 26, 2010

MINAT YANG DAPAT DIREALISASIKAN

BUNGA....isskk saya memang giler ngan bunga.... sejak dari sekolah lagi memang suka bunga...walau tak reti mengubah bunga tapi sebab minat sangat saya tetap akan cucuk juga... kekadang habis bunga yang di beli saya mengatal gubah balik sebab nak tiru.... tak sangka sampai ke besar rupanya minat tu... adakalanya mak membebel gak... tak habis2 bunga...ui kui kui..


Klu pergi kedai buku plak pantang nampak buku mengenai krftangan atau gubahan mula la tercegat dan berdiri lama depan rak dan membelek-belek buku-buku tu.....  masa  belajar dulu, klu cari maklumat atau bahan assigment dari majalah di library dan sekiranya jumpa apa-apa gubahan yg cantik dan  berkenan saya akan potostat.... fuh yoooo punye la giler ngan bunga ni....
                                                                                          baki bunga dulang masa majlis pertunangan


Sempena satu majlis yang akan diatur oleh keluarga hujung tahun ni, saya telah cuba untuk menyiapkan sendiri bunga rozet untuk dipakai oleh mereka-mereka yang akan menyediakan makanan....  walau rasanya kos buat sendiri dan beli tak jauh bezanya.... (jika dicampur dengan kos tenaga)hhihihihihi kerana minat sangat,  maka saya rasa baik saya buat sendiri ...bukan banyak pun 80 keping je.. isk betuk ke penjodoh bilangan yg saya gunakan ni? kalau salah betulkan ye.... :)
saya bukan seorang yg kreatif, tetapi kerana minat maka...tarar...
 
Jadi setelah mencari contoh-contoh, dan kemudian mencari reben  
yang sesuai, maka akhirnya saya telah berjaya menyiapkan 80 keping bunga rozet ini....itupun setelah beberapa kali percubaan gagal... betul kata pepatah melayu... usaha tangga kejayaan